lalala~

Sunday, 23 December 2012

8A`s ? 9A`s ? No A ??

       Assalamualaikum :D 
Selamat hari Isnin , kekeke , tiap kali aku update entry mesti hari Isnin kan ? haha 
Sihatkah anda semua ? Harap sehat semua :)
Ina harini nak bahas tentang gred A dalam PMR , ya sebab ina pun baru ja lepas PMR .
alhamdulillah dapat 9 , a great thanks to Allah S.W .T .

`Eeleh nak bangga ah tu dapat straight A`s ? `
`hmm boleh la kau pandai , tak macam aku hmm`
`aku dapat sikit je , taknak la bagitahu`

Saya seru kepada semua kawan kawan saya yang baru je lepas PMR tu ,
awak semua jangan lah rasa macam bila anda tak dapat A tegak dalam PMR anda akan gagal seumur hidup , baru PMR awak , belum SPM .
Satu lagi yang dapat straight A`s dalam PMR , awak yakin ke nanti SPM dia pun dapat straight A`s ?
Kalau dapat alhamdulillah , kita taktahu apa yang akan berlaku esok .
Jadi , teruskan berusaha ! Jangan cepat putus asa ! 

Cuba awak fikir balik , sebelum awak ambil PMR , usaha awak banyak mana ?
Kalau usaha ala kadar , keputusan pun dapat ala kadar jelah .
Itu semua kena ambil kira juga , Allah bagi ikut usaha kita tau awak :)
Allah itu Maha Adil .

`Let bygone , be bygone ` 
yeahh selalu dengar kan ? 
Past is past .
Jadi kalau awak dah menyesal masa PMR ni awak kira untung lah
Untung ? sebab apa ?
sebab awak dah ambil iktibar daripada keputusan PMR awak .
Ada orang bila dah ambil SPM , baru nak menyesal kata itu ini .
` KALAU lah aku belajar betul betul time SPM ritu mesti aku boleh ja score`
See ? Perkataan KALAU tu . Tak baik sebenarnya dengan perkataan KALAU ni .

Jadi biar sesal pendapatan , jangan sesal kemudian kan ? 
Anda , tahulah anda untuk mendapatkan SATU A pun susah tau
Seriously , memang susah . Cuba awak fikir balik , macam mana usaha awak untuk score satu subjek tu .
Jadi bergembiralah anda semua :) Anda telah berjaya mewujudkan gred A dalam slip peperiksaan anda :D 
Tahniah juga kerana telah berjaya mendapatkan A anda :D

Apa apa keputusan yang anda dapat , itulah usaha anda selama ini .
Gred B tu , sebenarnya boleh dah A mungkin usaha tak sebanyak macam gred A tu :)

Lepas ni struggle betul betul untuk SPM !
Form 4 bukan lagi tahun HONEYMOON .
Cukup cukup la HONEYMOON dua bulan ni , November and Disember .

Awak nak HONEYMOON lama lama bagi la habis belajar dulu ! 
Serius lah , setakat PMR ni jangan nak HONEMOOn sangat lah kan .

Macam siapa yang ambil sains tulen tu , nanti kita kenal lah apa itu Biologi , Kimia , Fizik , Add Math . Huhuhuhu , jadi belajarlah betul betul masa form 4 nih huhuhu nanti tak lah terbeban masa form 5 nanti kan . kehkeh , aku kata orang , aku ? haha 

yelah motivasi untuk kita semua dan diri saya sendiri :D
Okay sampai sini sajalah entri buat hari ini , hihihi 
jaga diri :) Assalamualaikum 

Monday, 17 December 2012

Keinginanku dalam berpurdah .

Selamat hari Isnin ^^ hee , ina cuma nak berkongsi satu perasaan dengan kakak kakak , adik adik , abang abang dan para pembaca sekalian . Ina pun taktahu apa yang ina rasa tapi ina rasa ina sangat sangat teringin berpurdah.Sejujurnya ina amat tenang sekali bila muka ini diselindungkan dari mata mata lelaki ajnabi . Tenangnya hanya Allah sahaja yang tahu , sungguhpun ina belum lagi berpurdah tapi ina dapat rasakan kenikmatan kemanisan ketenangan pabila berpurdah . Ya Allah pabila ku renung kembali kisah silam ku yang lalu , ingin sahaja aku teriak meminta ampun kepadamu , bermulanya linangan air mata dan akhirnya jatuh jua air mata ini membasahi pipi . Sungguh ku tidak tertahan untuk menahan semua ini .



Hidup bergelumang dengan dosa sememangnya tidak tenang , mungkin secara fizikalnya tenang tapi batinnya ? apa rasa jiwa kita ? jiwa kita rasa kosong ! Mungkin makanan untuk jasmani cukup , tapi makanan untuk rohani ? Ketenangan yang sebenar benarnya pabila kita semakin mendekatkan diri dengan yang MAHA ESA ALLAH S.W.T . Jika kau ingin tahu sebanyak mana Allah ingat kepada kamu , hendaklah kamu lihat sebanyak mana kamu mengingati Allah dan meletakkan Allah dalam jiwa ragamu .Jika banyak kau mengingati Allah , maka banyak jugalah Allah mengingatiMu . Jika sikit kau mengingati Allah , maka sikit jualah Allah mengingatiMu .

Allahurobbi  :'( sungguh ku katakan cintaku padaMu tidak setinggi cintaMu pada hamba hambaMu ya Allah :(
Namun akan ku sentiasa untuk mendekatkan diri dan meninggikan rasa cinta , kasih sayangku kepadamu ya Allah. Selama ini aku cuma mencari cinta yang tidak kekal cinta hanya sekadar nafsu semata mata , ya Allah ampunkan lah aku ya Allah yang maha pengampun :'(  Disebabkan cinta yang tidak kekal itulah hidupku semakin tidak terurus dibelai gurauan cinta dari lelaki ajnabi yang belum pasti akan menjadi imamku . Ya Allah , kini ku sedar mencari cinta yang belum pasti itu sangat meletihkan dan sangat merugikan tapi cinta kepadaMu sikit tidak mengecewakan sikit tidak memenatkan sikit tidak merugikan malah cinta kepadaMu cinta yang sejati cinta yang tulus cinta yang kekal abadi :) 

Ya Allah , engkau tidak pernah mengecewakan hamba-hambaMu . Engkau tidak pernah mengecewakan cinta hambamu malah kau balas cinta hambaMu dengan memberi keredhaanMu , kerahmatanMu dan ketenangan jiwa yang sangat mendalam . Sungguh agung cintamu ya Allah . Biarpun hambaMu tidak bersyukur tidak mengabdikan diri tidak berserah diri kepadaMu namun kau tetap memberi rezeki kepada kami . Biarpun hambamu melakukan maksiat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang olehMu , engkau tetap memberi mereka peluang untuk hidup untuk bernafas di atas muka bumiMu untuk bertaubat . Allahurobbi , kasihnya engkau kepada umat Nabi Muhammad S.A.W . Jika dibandingkan dengan umat umat yang lain dengan sekelip mata kau menurunkan bala dan balasan kepada sesiapa yang tidak mentaati perintahMu . Ya Allah yang maha mengetahui lagi maha mendengar , ampunkanlah dosa kami :'(
kami dengan rasa rendah hati menadah tangan meminta keampunanMu , keredhaanMu , kerahmatanMu ya Allah :(

Sungguh sesalan ku ini ku adukan kepadaMu . Ya Allah , sungguh ku katakan aku ingin berpurdah . Setelah ku renung kembali kisah jahiliyyah ku yang lalu kini tiba masanya untukku berubah . Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini . Mukaku yang selama ini menjadi tatapan lelaki ajnabi , ku bangga dengan kecantikan yang telah kau berikan kepadaku , astaghfirullahalazim , keampunanMu yang ku harapkan ya Allah :( 

Ya Allah jika dengan aku berpurdah itu yang terbaik untukku , maka kau permudahkanlah penghijrahanku ini , moga ku sentiasa istiqomah dalam pemakaian purdah . Sesungguhnya sebaik baik perancang ialah Allah S.W.T dan yang menentukannya juga hanya Allah S.W.T . Ku berserah semuanya kepadaMu Ya Allah .
InsyaAllah ina akan start buat purdah esok! Bila mula pakai tu nanti bila ina start keluar , pakai purdah di luar , di sekolah tak . Kak Nana kata boleh sebab ada sebab musabab yang penting kena istiqomah pakai kat luar :D

Sekian sahaja coretanku ini , harap kita dapat mendekatkan diri dengan Allah :) 
Salam ukhuwah :) Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Wednesday, 12 December 2012

Nikah Khitbah tiket untuk Bercouple .

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!
Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Sunday, 9 December 2012

Pabila Allah berkehendak , maka jadilah .

Kaifa halukum ? hikhik , alhamdulillah ana bihoir aidon . hee , dah solat ? haaaa siapa belum solat tu p solat duluu baru boleh bacaa . hahaha . 

hmm , Ina cuma nak cerita tentang kejadian semalam . hmm secara jujurnya niat ina nak ceritakan pasal kejadian semalam bukan sebab nak bangga atau menunjuk nunjuk . Ina cuma nak kongsikan pengalaman Ina nih dan inilah buat kali pertamanya ^^ 

Semalam Ibu Ina ajak pergi Carrefour sebab nak beli barang barang dapur kan , iyalah ayam , daging , sayur , cili , buah , semua dah habis sebab Ina muehehe . Lepastu Ina pun bersiap siap lah nak pergi Carefour tu , Ibu just text Ina Ibu cakap 


`Ina siap siaplah , nanti Ibu balik kita boleh la pergi Carrefour , siapkan adik jugaa tau`

Ina baca lambat text Ibu tu , 20 minit lepas tu baru Ina baca , em em Ina suka campak handphone merata-rata .kihkih. Ina apa lagi dah baca tu Ina terus lah siap siap dengan kelam kabutnya , iron tudung , nasib baik lah sempat. Ina pakai tudung , baju kurung . That`s all , simple kan ? Yang penting tutup aurat , betul tak ?
Lepastu siapkan adik pulak , ishh budak ini memang susah sikit . Bila orang cakap
`Adik , adik nak ikut akak tak ? Pergi jalan jalan , nak ?`

haha baru lah dia mahu dia kata

`nak nak , nak ikutt nak ikut , `

yeayy misi berjaya , senang sikit nak pakaikan baju dia , sikat rambut dia , bedak semua tu lah kan . Lepastu Ibu pun balik, Ibu nak solat dulu katanya , Ibu pun solat lah dulu ,  then terus keluar .

Bila nak keluar rumah tu kan,Ina duk cari mana lagi ni kasut lagi sebelah? Hilangkah ? Adehh , dahla itu je satu satunya kasut yang Ina ada . huhuhu. Lepastu Ina cakap lah kat Ibu , kasut lagi sebelah hilang. Lepastu cari punya cari punya cari punya cari kasut adik ina yang darjah 5 tu kan , kaki dia besar lg dari kaki Ina , so kalau Ina pakai kasut dia pun muat lah . Malangnya kasut dia yang ada dalam almari tu basahhhhh . Ayah cakap semalam ayah bawa keluar kasut tu lepastu terus hujan ayah lambat sikit angkat . Alamakk , macam mana ni ? Nak pakai kasut apa ? adehh , nak taknak pun Ina pakai la jugak kasut yang basah tu . Masa ni tak pakai stokin lagi , sebab nak cepat ina sarung je kasut terus masuk kereta .

Lepastu Ina pun pakai lah stokin , lepastu sarung kasut tu , dalam kereta Ina agak macam tak basah kot stokin ni kasut ni basah sikit ja . Takpa la , gagah la jugak memakainya , bila keluar kereta . Nahh basah gilaa stokin Ina tu , adehh tak selesanya , pastu Ibu cakap Ina bukak la dulu stokin tu , basah sangat tu . Ina takmahuu ! Kaki pun aurat ! Ina takmahu . Ina macam nak nangeh dah tapi tahan . Last last Ibu cakap bukak jer sekejap jer lah . Ina pun bukak lah , Ina cuba tenangkan diri tapi tak boleh . Bila masuk ja pintu pasaraya carefour tu tiba tiba air mata jatuh , ina jalan pun tunduk jea . Ina rasa ya Allah berdosanya aku , macam mana nih nak pakai balik la , tak kira ! Pastu Ibu pandang Ina , mata Ina dah berair ni ha mata dah merah . Ibu pun cakap 
`Ina tu kedai kasut , pergilah pilih , nanti Ibu datang . Ibu nak bawak adik pergi main jap .`

Ina pun hm okay , nak jalan tu tersiksa , jenuh bagi labuh kain , sia sia , nampak juga . Ina jalan cepat cepat pergi masuk kedai tu . Lepastu Ina tak pikir panjang , amek ja kasut yang mana mana yang pasti sandle atau bertutup . Ina amek sandle sebab Ina memang dah biasa pakai sandle . Cari saiz lepastu tunggu lah Ibu kan , aduhh lamanya Ibu pergi mana , still tunggu , Ina takmahu bergerak , lagi banyak mata memandang lagi tak selesa dibuatnya , aurat tak tertutup sempurna macam mana nak senang bila jalan ? Syukur alhamdulillah berkat kesabaran menunggu tu, Ibu pun datang , bayar semua . 
Akak yang jual kasut tu kata 
`Adik nak pakai terus ke atau masuk kotak?`
Ina cakap 
`Pakai terus , erm tapi taknak kotak nak plastik jer nak letak kasut lama nih`
Akak tu pun bagilah plastik , kat kedai kasut kan memang ada tempat pelanggan duduk kan . Beg tangan Ina ni besar jadi muatlah kalau nak sumbat kasut lama tu kan .Ina duduk , bukak kasut masukkan dalam plastik , masukkan dalam beg , stokin Ina yang basah tadi tu Ina letak dalam beg tau . Ina pakai balik stokin tu , lepastu pakai kasut baru beli tu . Stokin tu tak basah semua , basah tang depan jaa . Akak tu tengok jea tapi Ina tak peduli dia nak cakap apa pun . kaki tetap aurat . Ina pegang kata tu.

Bila dah pakai tu haa barulah rasa secure nak jalan sana sini . Biarlah basah sikit yang depan tu nanti lama lama kering jugak . Ina berdiri depan cermin kedai kasut tu , Ina check , tudung labuh bidang 50 , baju kurung tak ketat tak ikut shape , tangan pakai handsocks , kaki pakai stokin , okay bolehla lega sikit nak jalan . Lepastu Ibu ajak pergi makan kfc , aduhh kfc jer kekadang bosan jugak , tapi takpelah pergilah jugak makan . Ibu tanya nak makan apa , Ina bosan makan ayam je , Ina ambil Zinger Double Down burger kot , Ina takpernah makan pun lagi Ina try lah beli tu. Bila bukak , laaaa , atas bawah dia ayam bukannnya roti hekk okay ayam jugak . Makan jelah dah belikan . 

Tapi sepanjang Ina jalan jalan dekat carefour tu , Ina perhatikan sekeliling , hmm pakaian mereka erm tak menepati syariat Islam , Ina sedih juga , Lepastu Ina ada perasan ada mata-mata yang melihat Ina dengan pandangan yang pelik . Haiyoo taksukanya orang pandang . err Ina tunduk je tengok ada yang tak kena ker,hmmm mudah mudahan akak akak yang lihat tu dapat hidayah la untuk berpakaian mengikut syariat Islam .Ina bukan nak kata Ina ni baik sangat pakai tudung labuh ,handsocks , baju kurung , stokin bagai , tapi itulah hakikatnya kita sebagai seorang perempuan wajib menutup aurat dengan betul dan sempurna . Baru boleh dikategorikan sebagai `Menutup Aurat` . Ina pun dulu tak tutup aurat dengan sempurnya , Ina akui dulu Ina jahil bab bab ini tapi sekarang alhamdulillah , Ina belajar satu persatu tentang bab pemakaian seorang perempuan Islam . Dulu Ina suka juga pakai shawl pashmina tu kan , tapi sekarang dah tawar hatilah nak pakai , even tutup dada semua tapi entah . Ina lebih suka pakai tudung bawal ataupun tudung sarung macam tudung sekolah tu . 

Haihh Ina taktahu lah , Ina rasa macam banyak je mata-mata yang lihat Ina ni , lagi lagi lelaki , astaghfirullah,hmm apa yang  harus Ina lakukan , Ina tak pandang pun mereka . Ina masih belum mencapai tahap Wanita Solehah ataupun Muslimah Sejati kerana Wanita Solehah dan Muslimah Sejati itu tidak memandang dan tidak dipandang . Hmm , tapi banyak lagi ciri2 Wanita Solehah dengan Muslimah Sejati ni , Bukan senang tau nak ke tahap ini tapi InsyaAllah kalau kita usaha Allah akan permudakan urusan kita dan insyaAllah kita dapat menjadi Wanita Solehah ataupun Muslimah Sejati. Ina berharap dan berdoa agar kita semua akan menjadi Wanita Solehah dan bagi lelaki akan menjadi lelaki yang soleh . Amin Ya RabbalAlamin 

:
Hasrat hatiku ingin sahaja aku berpurdah namun aku masih belum menepati syaratnya , akan ku usahakan ! ini tekadku !

Mesej yang Ina nak sampaikan berdasarkan pengalaman Ina ni ialah hidayah yang Allah bagi itu cuma sekali jika kau sia siakan hidayah itu maka susah untuk kau dapatkan hidayah yang kedua . Maka hargailah setiap apa yang kau dapat jangan kau harap setiap perkara ada peluang kedua . Pabila hati kita rasa nak berubah , terus berubah ! Jangan tangguh tangguh , kerana susah tau nak dapatkan hidayah daripada Allah . Allah bagi hidayah ni dalam macam macam cara salah satunya hati . Allah akan sentuh hati kita . Allah berkehendak nak bagi hidayah tu kat siapa, bukan semua orang dapat. 

Akhir kalam , ingin ku nyatakan pabila Allah berkehendak , maka jadilah .
Sekian sahaja coretanku buat semua , Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh .

Wednesday, 21 November 2012

I am a Mother right now

Anneonggggg , kencanayo ? haha lol aku mimpi apa cakap korea nih hah ? biarlah aku dh mati akal nak mula ayat macam mana takkan lah setiap entry introduction dia samaaaa je kan ? boring ah cenggitu .
First of all , how are you today ? Not fine ? Fever ? Flu ? Cough ? ohh really ? ahhhh i dont care at all . HAHA ayat kejam kan ? alololo maaf saya tak berniat nk cakap mcm tu *kuis kuis tangan*




I Am A Mother Right Now . hah ? kau dah adoo anak ke Ina ? Kau kau kau , biar betul Ina ? Aku tak sangka kau Ina macam nih . 
HOIIIII , kau nih jangan lah pikir yg bukan bukan , tajuk aku ni bukan sebab itu . haaaaaa .Thats why dont ever you thought something that you are not very sure about it . Dengar , teliti , hayati kisahh yang aku nak cerita lepas ni okay sayang ? :*

As all we know , now im at Kajang . yaaa my own house , huahh kaya tak saya? ada rumah sendiri , aku ada , kau adooooo ? haha no lah  , my parents house lah . Then as usual , everyday my dear parents will go out andf start their daily routine WORKING . yaah working , and me ? Sit down in the house and i dont know what to do , what i can do is ONLINE . adehh yes lah online FB , Twitter , Blogger , skype .


Ahh tak syiok haha . tapi okay juga sebenarnya . i dont mind at all . kahkah. duduk dalam bilik terperap dalam tu . Ehh lupaaa mak ayah kerjaa siapa nak masak ? :O timbul lah sudah 1000 tanda tanya . muahahaha . who else is the eldest one in my home ? arghhh the answer is me lah yang kena masaknya . Sokay saya reti masak okay even jiwa saya ini agak kental haha .




I realize that im the one who is responsible to take care of my siblings . huhuhu . so apa tunggu lagi ? masak lah haha . Serius aku cakap selama aku duduk dengan nenek aku aku memang jarang giloooooo memasaknyaa . Tapi hidup aku berubah setelah berhijrah ke tempat asal . saya ni jenis orang yang suka bergantung kepada orang lain means kalau org tu boleh buat takpaa kasi jea ka deaa buat . Contoh macam nenek saya lah , kat kampung kerja saya cuma belajar , online itu sahaja . Memasak ? memang tidaklah sebab ada orang yg lebih pakar daripada saya , Nenek kan adooo kau tayah masak haha. begitulah sikap ku dikampung =="


Tapi saya ni bukan lah tangan yg pakar bab masak memasak nih tapi boleh la jugak masak , kira bolehlah nk survive siapa duduk dengan saya taklah kebuluran . Hihihi . Saya tiap tiap hari kena fikir nak masak apa yea ? takkan lah makan menu yg sama jea setiapp hari ye dop ? yelahh lepastu saya ada adek kecil 3 tahun girl ^^. hamboihh buas diaa kemain lagi macam lelaki .Susah sikit nak jaga diaa tu kekadang sampai kena cubit dia jerit kat dia banyak kali baru dia faham , huhuhuhu kesian tapi garang2 aku pun kat rumah aku juga yang mandi kan dia yang basuhkan berak kencing semua bagai kan ? macam mak lah tu kan ? haha 
Mak bangga ada anak macam kamu , adehh bila aku nak dengar ayat cenggini daripada mulut mak aku :( sokay , dari segi gaya dia aku tahu dia bersyukur ^^ maaf bukan nak bangga sekadar berkongsi :)
Bak kata orang Sharing Is Caring ? ahh taktahu lah haha .serius saya duduk dekat kajang ni barulah saya jadi feminin sikit kalau kt kampung taikun sikit , SIKIT ja . 

#gambar2 di aats tiada kaitan sebenarnya hanya gambar hiasan >.<


Apa apa pun saya dapatlah jadikan ini sebagai pengalaman , baru ku tahu betapa susahnya seorang Ibu menjaga anak anaknya , huaaaa :( macam mana lah mak jaga saya dulu dulu tu kan ? 
Okay lah bloggers sekalian , tangan saya dh tk larat nk menaipnya , nanti ite update entry lain pulaaa :D 
Until here then , jangan lupa doakan untuk sedara kita kat palestine :'( Assalamualaikum ^^

Thursday, 15 November 2012

Eating eating eating !

Hello , good morning , good afternoon , good evening , good night and goDie . eh eh ? haha maaf maaf saya tak maksudkan yang goDie tu tau . Saya cuma nak bergurau kasar dengan anda anda yang sedang baca ni :D tolong fahami niat tulus ikhlas saya ni ? haha

baiklah anda dah baca title entry saya kali ini ? mesti lah sudah kan , woooo eating eating eating !
anda nak tahu satu rahsia ? rahsia ini telah lama aku pendamkannnnnn tiba masanya kau tahu rahsiaaa ini :P wahh pandai lah saya mengedit lirik lagu teman pengganti , abang black pinjam lagu jap tau HAHA

Tahukah anda , saya memang sukaa makan ? aktiviti makan makan ini sudah menjadi hobi saya yang paling amat sangat saya sukai , number one k . Saya juga suka sangat makan nasi . Saya takboleh takboleh dan sangat takboleh kalau tak makan  nasi even seharii ! huah ini fakta okay bukan auta nak fakta ini terserlah marilah duduk satu bumbung satu rumah satu bilik satu , satu , satu apa lagi ? haha 

Saya bermastautin di kampung saya , kini saya pulang ke tanah lahir saya , Kajang . Saya amatlah gembira pabila pulang ke sini , dalam masa yang sama saya juga bersedihhhh kerana terpaksa dipaksa mempaksa diri saya untuk meninggalkan Bagan Serai untuk sementara waktuuu .

Lepas saya dah balik tu keeseokann harinya saya ajak famili saya pergi makan dekat satu restoran kegemaran saya , saya ulang KEGEMARAN SAYA . haha ehh Over lah kan ==" Nama restoran tu Wong Solo , eh ehh pelik eh nama dia ? haha amemang lah pelik ni restorang orang indonnnnnn . tapi sekali kau makan nasi ayam penyet dia pehhhhhh hari hari kau nak datang makan kalau bolehh sarapan pun nak makan ayam penyet , makan tengahri pun nak makan ayam penyet makan malam pun nk makan ayam penyet . wahhh hiperbola benar maksud aku nih haha :P




*okay ini kotak dia , aku suruh ayah aku order lagi , bungkus bawak balik rumah . haa punya teruk aku sampai cenntu sekali . harga pun smart RM 10 berapa sen tah haha . Tapi weh sedap weh .




 JengJengJeng ! ini diaaa nasi ayam penyet tu ! wahhhh aku tetiba jadi lapar pulak . Arghh Afrina stop lapar lah , asyik lapar sajaa .

weeeeeeeeeeeeeeeeeee , kat kedai wong solo ni lah my family and I gathered together !
ilovethemshooooomuchmuch .


ini family maklong saya (:



Afrina , adek , mama :D
*halahaii muka macam apa jaa lagi , bulatnyaa muka sayaaaaa :O

hehehe , i just can memorize thi moment until forever ever haha broken english , shoo what ? do i care ? haha

Until here then bloggerjaya sekalian :) Assalamuaalaikum ^^

Wednesday, 7 November 2012

No tears , happy me

Hai awak ^-^ hihi . Sihat tak ni ? I hope you are always in the pink ! haha pink tau pink ? eh ehh ? haha okay diam . 
Harini kita gembira happy excited sedih sad haha . ada kaitan ke ? er err okay abaikan .
No tears , happy me . yeahh i loveeee this title , you ? not love ? go die . I have my right on my own blog HAHA ehh . Harini kan awak awak awak awak . 

Kita bertanding pidato tau . Awak gelak ? sampai hati , apa yang lawak awak , ite tak faham lah . Its not a funny things to laugh about tau . Awak cakap awak tak percaya ite masuk pidato ? kenapa awak cakap cenntu ? awak cakap saya ni pendiam mustahil masuk pidato ? kepalaa hotakk kau aku pendiam . Kau tak kenal aku lagi that`s why cakap aku pendiam tanya lah kawan kawan aku mesti mereka akan cakap `Ina pendiam ? takdak maknaa ` Haaa haha saya luaran memang nampak ayu , cehhhh pendiam but the real of me ? haha i am an hyperactive person , outspoken blablabla always talk empty . hah ? talk empty ? haha bantai sajalah labuu .haha 

Saya mengaku saya mengaku memang tahun ni saya mula berkecimpung dalam bidang ini . Haih sejujurnya awak ite tak suka naik atas pentas darah gemuruh mengalir dengan deras dalam badan ite tak boleh hilang ! arghh , namun dengan semangat juang yang tingggi , alhamdulillah saya akhirnya dapat atasi masalah ini . 

Saya mula berjinak dengan pentas masa nak masuk bahas , lepastu pantun lepastu debate b.i , lepastu sajak , lepastu syair lepastu pidato haha . banyak bukan ? *maaf bukan nak bangga haha 

hee , berbalik kepada no tears me happy tu sebab ite masuk pidato and ite menang ! hehe , alhamdulillah dapat nombor 2 ^-^ sukacita saya memaklumkan kepada anda anda anda semua saya berlatiih cuma 2 hari , haaaaaaa 2 hari , nak buat teks lagi nak hafal lagi gilaa ke apaa .Alhamdulillah dengan kelebihan yg Allah bagi saya dapat hafal dengan cepat :')
                                                                       *Syahira - Johan
                                                                    *Afrina-Naib Johan
Hafizuddin-ketiga 
Masa nak pergi tu kan kaki lutut tangan ketaq habeh tahap maksimum takdak optimum minimum dah haha .
lepastu sebelum nak naik kereta cikgu Noorli , kawan kawan semua pakat nak salam , depa cakap Ina , Syahira , Din bagi menang tau ! bagi dapat nombor semua ! 123 tau tau ! kami pun macam ermm janganlah berharap sangat kita taktahu lagi boleh buat ke tak then masuklah dalam kereta si din ni p cakap kat cikgu Norli , 
Cikgu Afrina dia takut gementar haha 
Cikgu cakap ` alaa biasa lah tu , semua orang rasa macam tu `
lepastu jalan lah kan kereta tu , 
jauh jugaa tau dari SABAR ke Parit Buntar tu .
mahu tetidur aku dalam kereta cikgu tu , haha .

Dahtuu sampaii , lepastu masuk lah dewan kan tengok list nama peserta then undi . okay guess what aku dapat number 3 . gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa awal k . Syahira dapat number 5 , din number 8 . huhuhuhu apakan dayaaaaaa . mau takmahu baca juga lah nanti.

Patu giliran kitaa baca haha sumpah kita takut sangat naseb baik awak bg ite semangat semalam kan haha .
Ada juga tersekat sekat sikit arghh okay habis haha


* ini gambar ada cerita dia haha , yang dari kiri yang comel tu buat peace sebab dia dpt number 2 , yang tengah tu dapat number 3 thats why jari dia angkat 3 ja , kanan tu JOHAN , 1 MALAYSIA haha .


Till here , Assalamualaikum ^^



Friday, 2 November 2012

Baking cake with them is awesome !

Haluuuu , Good morning everyone , Good afternoon , Good evening, Good night ,apa lagi eh ? haha 
Sebelum tangan mula menaip, sebelum mulut berbicara , sebelum otak mula merapu aku nak tanya ni , hangpa sehat tak ? muehehe tak sehat ? rinduu aku ? sebab dah lama aku tk update entryy ? ololololo , sorry sayang , kita busy lah minggu ni. Macam -macam ite kena buat tau sampai blog pun tk terjenguk , FB dgn Burung Biru je i sempat jenguk eh ehh ? haha okay jangan amek hati kay , nanti ite belanja lolipop nak ? :*


Hihi awak tahu tak,semalam kan ite masak kek ! Syiok tau , best tau , saya happy sangat semalam ^^
Awak suka kan tengok ite happy ? hihihi *malumalumalu*
haha , ite masak kek apa ? kek cokolat je . Nama kek ite panjanggg tauu , 
`Kek Cokelat Oreo Kranberri '

Itu diaa nama kek kami , aktiviti ini perlu dilakukan dalam kumpulan tau.
Ahli kumpulan ite , Tuffah Hannah and Amira Syifaa .
Mereka berdua ini lah jantung hati saya sampai bebila :)

Seminggu sebelum bertanding kan ite dah siap2 oh pikir nak masak kek apaa , 
Oppie cari resepi dalam blog sapa tah dia amek kan ,haha 
lepastu dia suruh kita printkan , halamakk weh , masa aku print tu kan , 
aku meleleh air liur basi tau eh eh ? haha 
mana tak meleleh air liur dah link yg oppie bagi tu ada gambar keknya sekali ,
kek dia gilaa awesomee tau bentuk nombor 1 . 
1 MALAYSIA la katakan =="

Lepas dah print tu kan aku bawak la pergi sekolah kan, lepastu kan , pass la kat oppie kan , lepastu kan , aku cakap la kat oppie kan , oppie nanti kita buat kek yg lagi awesomeee dari gambar ni boleh kan ?
*tunjuk kat gambar kek bentuk nombor 1 tu*
Oppi kata ohyeahh sureee boleh ! Nanti bukan rupa jea awesome , rasa dia pun akan seawesome rupanyaa !

Muehehe that`s why i love you oppie Muah Muah :*
haha , aku sayang oppie ohh dia je kawan baik aku yang betul betul baik dengan aku yang memahami isi hati jiwa raga aku semuaa dia lah kawan baik aku takkan lupa dia sampai bebilaa .
Wahh panjang benar ayat saya , eh eh terpesong pula dari tajuk kita harini kan? haha anggaplah ayat diatas sebagai GALERI ILMU yang perlu anda anda semuaa tahu :D

Lepastu kan tibalah masanya untuk BAKING CAKE! wihiiiiiii , Hari Jumaat lepas , eh lepas ? semalam lah kan  ? eh tapi betullah kan dah lepas ? haha apa apa jelah -.-
Kami masak waktu pagi ! Excited bahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh .

Tak pernah pernah aku masak kek dengan kenkawan ! Meriah tauuu , aku rasa macam nak masak kek ja hari-hari , time buat kek ni lah ikatan persahabatan mula berputik menjadi erat seerat eratnyaa !
Aku dapat kawan dengan bebudak yang aku tak kenal pada awal tahun akhirnya kenal di akhir tahun haha.
Yelahh aku bukanlah friendly sangat sebenarnya,dengan bebudak 3A4 , 3A5 , 3A6 haisyoo memang aku tak kenal sangat mereka mereka ituu dulu lah , sekarang kenal dan kawan :) eh eh bukan dulu aku tak kawan , kawan je tapi taklah mesra cenggini kan :D A great thanks to Allah sebab dapat kawan dengan mereka mereka ini (:




Muehehe lepastu kan kami bergurau manja pulaa dalam bilik masakan itu , cuit sana cuit sini , kacau sana kacau sini , kacau kacau pun kami sukses tau menyiapkan kek tercintaa kami haha . Awesomee bukan ? tak awesome ? pigii mati .HAHA

Okay , oppie and cyfa syg mari kita mula buat kek .
Cyfa: Ina macam mana nak ayak tepung ni dengan serbok koko ?
Aku:kejap2 aku buka kan , haa nah ayak lah
Cyfa: aku tanya macam mana nk ayak ?
Aku: ohh haha , laa macam ni ,*goyang2 la kan penapis tu*
Cyfa: ohh macam tu alamak nampak sangat la aku tk ke dapur sgt selama ni
Aku: haha yelah macam mana hang nk ke dapur kalau hang dok asramaaa Pftt -.- HAHA
Cyfa : Pandai hang cover aku , aku syg hang haha.
Oppie: Zai , tolong aku jap bacakan resepi ni .

* Mohon jangan panggil wa ZAI , Oppie sorang je boleh panggil wa ZAI . itu nama manja wa dengan Oppie . haha

Aku: okay , mula2 ayak tepung tu dgn serbuk koko kan , lepastu p cairkan mentega tu kan masukkan susu cair lepastu masukkan 2 cawan gula . blablabla .
banyak lagi takkan aku nk taip semuaa kot? kang tak terbacaa pulaa haha .
then godek godek godek dah masuk dalam loyang dah bancuhan tadi , masukkan dalam pengukus yg bertingkat tu . Kami bukan bakar kek tu kami kukus ja , Pembakar kek tu rosak cikgu kataa , takpe ah kukus lagi bagus ! :D

Sementara nak tunggu kek yang kami kukus tu siap , kami merayau2 ke meja masakan yg lain , kami kacau mereka haha . Snap picturee ? ofcozz haha .

Lagi 10 minit nak kek siap , kami buat topping dulu . Tahu tak topping tu apa ? Taktahu pergi amek kamus cari takpun kalau malas sgt search je internet . eee apalah topping tu macam topeng kek tu lah . Salut kek itu dengan cairan cokelat yang sedap haha . 

Lepastu TINGGGGG! Dah cukup 1 jam kami mengukus kan , kami pun angkat la kann. 
Alamakk oppie , kek ini macam pecah kat atas ni ish bukan pecah macam merekah sikit tak licin haha .
Serbuk penaik banyakk sangat mungken . ehh tapi tak ah banyak pun kami letak , setengah sudu kecil ja haa =="

Takpelah kan oppie kita terbalikkan kek ini , bagi permukaaan yg tk licin ni duk bawah . hihihi.
Tahu takk dah terbalikkan kek tu kan , tuptuptup , kek tu macam nk terbelah dua tau ! 
Kami cuak kami cuak kami cuak !
takpa kami buat cool ja , tetiba Kak Nana omey mai pulaa , haha dia tanya kenapa kek jadi macam tu ? haha malu nya aku haha .
Kek tu jadi macam tu sebab kan tadi kami terbalikkan kek tu permukaan yg tak rata dok bawah so tak stabil lah kek tu , dahla kek tu tebal mana tak terbelah .

Tapi alhamdulillah tak lah terbelah dua terus ! sikit je anggap je lurah lautan hindi kat atas kek tu haha :S

Nak tengok macam mana rupa kek kami yang super duper cute itu ?
mehhhh bawak mata p tengok bawah .




Tadaaaaaaaaaaaaaa ! muehehe agak serabut planting kami , kami taktahu macam mana nk cover lurah kat tengah2 tu haaa haha 
tengok kek kami tu , pandai kan kami cover tengah tengah tu ? letak oreo ! muehehe tak lah nampak sangat kan ? kami kan bijak bestari :P

Rasa dia pun sedap tau awak .Rugi awak awak semua tak rasa tulah haha
Masa cikgu nak judge tu kan , kami intai ja kat luar tingkap. Ramai cikgu rasa kek kami depa cakap kek kami paling sedap! Sir Mus pun cakap macamtu tau ! waaahh ! I cant believe it :P
 walaupun dari segi planting kami agak down tapi rasa tiptop mehhh !

Hopefully we will win this baking cake contest ! AMIN !
Soo , aku nak lah letak sikit gambar gambar yang menarik jiwa dan raga aku kan :P




Kbyee , Assalamualaikum ^^

Saturday, 27 October 2012

Sakitkah aku ?

Hai semua , hope korang sehat kayh ? :D hihi , soo macam mana raya ? best tak ? dapat duit raya tak ? haha tak ? tulah siapa suruh tak datang rumah saya , saya bagi sorang 2 ringgit , haha :P rugilah anda anda anda semua :P saya masak mee lagi , mee rebus , ohh sedap tau masakan air tangan saya , haha
hee , aku ada masalah dan masalah dan masalah . :O aku sekarang kerap pening , pening dan pitam . kena ja matahari siket dah pening , macam mana ni ? aku baru pasang cita2 nak jadi atlet negara haha , wahh jauhnya impian aku -.- memang tak dapat la kan ?




Hurm , aku dah lama tak check kat doktor , pressure blood aku , apa apa semua tu lah .
Hope aku sentiasa sihat dibawah lindungan-Nya :)

Aku teringat dulu masa bulan 5 ke 6 tah aku pengsan dekat pasar Sg. Gedung. Sumpah maluuuuuuuuuuuuu weh -.- aku dah cakap dah kat makcik aku , aku tak larat nak jalan pening kepala sangat sangat.
Dia boleh wat taktahu , dia kata alaa biasa la tu pening panas kan , aku punya panas hati lah dengan dia . takpa hang paksa aku jalan hang tengok apa dah jadi ? haha

Aku pun kepala dah berat semacam mata pun dah nak tertutup , badan pun dah tak larat , tup tup pengsann pulaaaaaaaa . haisyo aku tak sedar aku pengsan , depan orang ramai pulaa , malunyaaa weh .makcik aku baru cuak haa geram pulak aku . Aku jatuh tu sampai seluar aku terkoyak lah . huuu , lepastu ramai pula berkerumun dekat aku , haiyak malu maaaa .Ini kisah yang diceritakan kembali oleh acik aku sendiri . 

lepastu ada sorang pakcik ni dia bagi air , dia suruh acik aku lap muka aku , naseb tak bukaa tudung tauu weh , kalau bukaaa lagi lah :( huhu . Lama2 tu aku sedar juga , haishh luka lutut aku . Kat pasar kan banyak batu kan .haihh lepas tu aku dipapah oleh acik aku yaa aku rasa macam nak tolak ja dia haha .haha dia memang cuak sangat , kami terus balik rumah . Aku macam dah takboleh nak bernafas seriously .

Lepas kejadian itu acik aku memang tak bawak aku pergi pasar dah . Haha . Lepastu bila parents aku tahu , mereka suruh aku pergi jumpaa doktor buat medical check-up . It suppose to be their have to come and see me at here . bring me to the hospital or stuff like that -.- haihh sokay ma , Ina faham ma busy kan ?

Ya bila check , dia kata tekanan darah aku rendah . Ehh selalunya tekanan darah tinggi je kan ? haiyoo aku buat bodoh ja la bila dok tu cakap macam tu , aku pikir tk bahaya tapi bahaya la jugak sampai boleh bawak maut -.-
Soo till here then guys , aku dah tk larat nak naip ini pun dipaksa oleh jantung hati , dia suruh aku post apa2 ja entry haha ,
Kbye , Assalamualaikum ^^

Thursday, 25 October 2012

Berat Badan Naik ke tak ?

Hello Bloggers sekalian alam . Sehatkah andaa semuaa ? Sudah sekian lama saya tidak mengupdate blog ini kan ? Maaf lah , saya bukan taknak post tapi takdak masa , hariku dipenuhi dengan kelas tambahan , almaklumlah SPM tak lama lagi akan bertandang . hihihi . okay jangan percaya kay .

Soo , saya nak cerita pasal berat badan nih . ohh mesti ada yang cakap , 
`Hek elehhhhhhh , berat badan pun nak cerita kat blog , apa kelass .`
Aku geram betul dengan orang yang tak boleh tengok orang senang nih , nak kentut pun susah tahu tak ?
Orang yang macam ni patut di campak lombong je kay , kalau tak lombong pun campak dalam hutan . Pergi hidup sorang - sorang takpayah nak sibuk hal orang . herhh haha .


*Inilah penimbang berat yang aku beli 

Berat badan ni sangat sensetif isunya tu la kekadang kalau berat badan nak 1 KG JE orang dah mula menggelabah tak tentu hala . Lagi lagi perempuan , hulamakkkk , perempuan kalau naik 1KG je mesti bising ah mulut dia , macam AYAM BERTELUR RIUH SEKAMPUNG 
Aku bukan nak mengata perempuan kay sebabnya aku pun perempuan , so aku tahulah perempuan ni macam mana . hohohoho , apa yang aku cakap ni FAKTA okay .

Perempuan akan selalu menjaga penampilan mereka dari kepala hingga ke kaki . Aku taktahu lah kalau kalau ada perempuan yang tak buat macam tu kan -.- okayy , even berat badan naik 1 KG JE , perempuan akan menggelabah sebab dia akan fikir macam mana boleh naik 1 KG ? Ingat sikit ke ? Memang lah bila kita dengar alaaaa 1 KG JE pun weh kau nak gelabah tak tentu hala ni apahal ? Ishh kau apa tahu ? erghh . Perempuan ni dia berfikiran matang tahu aisayyy mula dah akuu . 

Dia akan fikir macam mana berat badan dia boleh naik sampai 1 KG ? Dia jugak akan pikir makanan apa yang dia makan sampai berat badan dia boleh naik 1 KG ? Dia jugak akan pikir kalau berat badan aku boleh naik 1 KG tak mustahil kalau berat badan dia nak naik lagi . haaaaa tengok , perempuan ni dia berfikir jauhhhhhh lagi kalau nak dibandingkan dengan lelaki .

Okay , saya rasa berat badan saya mungkin akan mencecah 50 . haaa 50 ? berat bahhhh . Aku pun rasa macam tu .Siapa kata tak berat tu memang nak kena simbah asid dengan aku -..-
Berat tu wehhhh , aku pun sebenarnya taktahu berat aku yang latest . sebab last aku timbang harituu 46 lepastu turun satu kg jadi 45 then naik balik 46 . Ahhhh naik turun naik turun . So aku tersangat lah nak tahu berat badan aku sekarang berapa . Dah beli dah harituu PENIMBANG BERAT , lepastu penimbang tu gelong pulaaa , Ciss tak gunaa . 
Aku pagi tadi pergi ambil acu aku kat UPSI . Kami bertolak awal ohh , pukul 6.30 dah gerak dah . Haha , yelah pergi awal balik awal ahhh kan ? Lepastu bila dah ambil acu aku dengan barang-barang dia tuu , on  the way nampak pulaa papan tanda ni 
Ehemmmm , aku berdehemm sekuat kuatnyaa dalam keretaa . Boleh semuaa buat taktahu haha , bila jadi macam tu aku jerit kekuat ` MC`D lahh ! wowwwwww ! sedapnyaaaa !` Acik aku tanya nak singgah kaa ?
Aku angguk 10 kali haha . yelah dah aku janji ritu nak bawak acu aku pergi Mc`D kenalah JANJI DITEPATI kan ?
Kami order guna DRIVE THRU sahajaaa , Malas ah nak beli secara manual . Nak kena turun lagi nak kena jalan lagi nak kena bukak pintu kereta lagi . wahaha meregeh gilaaa -.- lepastu kami order laa macam-macam kan . nak tahu tak burger favourite aku apaa ? Haaa usya gambar bawah weh .



Wowwwwww sedappp gilaaaa baq hanggg .
Nama dia DOUBLE CHEESEBURGER .
Yum yum yummy , memang sedap , ada cheese pulaa . Walawehh TIP TOP ah burger diaa , bukan TIP TOP kumpulan KOREA eh ? erhh --" 
Haa lepastu dah beli kan , dalam kereta aku nak makan burger tu tapi aku tahan lah kan . Kat rumah nanti baru makan , kena latih diri tu suruh bersabar sikit . Jangan nak gelojoh je .

Heaven ! dah sampai kat rumah , aku ambil plastik mc`D then pecuttt masuk dalam rumah sampai salam pun lupa nak bagi -.- huhuhuhu.
Dah tuu ambil pinggan , ambil burger , ambil air , duduk depan TV makann . haha , jemput makan kay sayang sayang sekalian. hihihi .

Lepastu kenyang gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa . Nak solat pun macam malas , Ya Allah teruk betul .Aku nyesal makan banyak2 . Tetap ku tabahkan diri untuk solat :)
Lepastu nak naik atas , nak naik tangga ni haishh aku rasa badan aku berat sangat . Tu aku tertanya tanya berat aku ni naik ka ? Soo the solution is aku kena timbang berat dekat shopping mall mana mana haha , Dah penimbang berat aku rosak ? herhhh .

itu jelah aku nak cerita pun , haha , until here then , Bye Bloggers sayang :*


Assalamualaikum :)

Monday, 22 October 2012

Lai lai Gaji gaji

Hyeeeeeeeeeeeeee . hihi , harini hari dapat gaji tau . syiokk gila baq hangggg. Syiok la sebab ada orang nak belanja haha . heaven :P 

Acik acik jom kita keluar p bagan nak ? 
Jom ah jom ah , acik dah lama tk belanja kamiii .
Kita p KFC kaa , p Marry Brown kaa syiok jugak ken .
Okayy JOM . 


wahhhh , aku lompat macam budak tadika baru dapat COLOUR oh haha

okay ni jaa yang dia belanja . aku dah kira bersyukur dah :')


hihi , thankyou Acik sayang . Acu aku jeles gilaaaa . haha , takpa-takpa , balik cepat kay , nanti Ina belanja Mc`D okay Acu sayangg :')


Kbye, Assalamualaikum :')

Sunday, 21 October 2012

Muslimah Sejati



Muslimah  sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
Muslimah sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al – Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al – Qur’an tersebut.
Muslimah sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.
Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya.
Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman – teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.
Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud
Seorang muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari Kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
dari: http://akuislam.com/blog/renungan/muslimah-sejati-bukan-dilihat-dari/#ixzz29w7SaUpM

# Aku memang teringin nak jadi muslimah sejati , tapi banyak halangannya , mudah mudahan urusanku dipermudahkan oleh Allah :D Amin .