lalala~

Sunday, 23 December 2012

8A`s ? 9A`s ? No A ??

       Assalamualaikum :D 
Selamat hari Isnin , kekeke , tiap kali aku update entry mesti hari Isnin kan ? haha 
Sihatkah anda semua ? Harap sehat semua :)
Ina harini nak bahas tentang gred A dalam PMR , ya sebab ina pun baru ja lepas PMR .
alhamdulillah dapat 9 , a great thanks to Allah S.W .T .

`Eeleh nak bangga ah tu dapat straight A`s ? `
`hmm boleh la kau pandai , tak macam aku hmm`
`aku dapat sikit je , taknak la bagitahu`

Saya seru kepada semua kawan kawan saya yang baru je lepas PMR tu ,
awak semua jangan lah rasa macam bila anda tak dapat A tegak dalam PMR anda akan gagal seumur hidup , baru PMR awak , belum SPM .
Satu lagi yang dapat straight A`s dalam PMR , awak yakin ke nanti SPM dia pun dapat straight A`s ?
Kalau dapat alhamdulillah , kita taktahu apa yang akan berlaku esok .
Jadi , teruskan berusaha ! Jangan cepat putus asa ! 

Cuba awak fikir balik , sebelum awak ambil PMR , usaha awak banyak mana ?
Kalau usaha ala kadar , keputusan pun dapat ala kadar jelah .
Itu semua kena ambil kira juga , Allah bagi ikut usaha kita tau awak :)
Allah itu Maha Adil .

`Let bygone , be bygone ` 
yeahh selalu dengar kan ? 
Past is past .
Jadi kalau awak dah menyesal masa PMR ni awak kira untung lah
Untung ? sebab apa ?
sebab awak dah ambil iktibar daripada keputusan PMR awak .
Ada orang bila dah ambil SPM , baru nak menyesal kata itu ini .
` KALAU lah aku belajar betul betul time SPM ritu mesti aku boleh ja score`
See ? Perkataan KALAU tu . Tak baik sebenarnya dengan perkataan KALAU ni .

Jadi biar sesal pendapatan , jangan sesal kemudian kan ? 
Anda , tahulah anda untuk mendapatkan SATU A pun susah tau
Seriously , memang susah . Cuba awak fikir balik , macam mana usaha awak untuk score satu subjek tu .
Jadi bergembiralah anda semua :) Anda telah berjaya mewujudkan gred A dalam slip peperiksaan anda :D 
Tahniah juga kerana telah berjaya mendapatkan A anda :D

Apa apa keputusan yang anda dapat , itulah usaha anda selama ini .
Gred B tu , sebenarnya boleh dah A mungkin usaha tak sebanyak macam gred A tu :)

Lepas ni struggle betul betul untuk SPM !
Form 4 bukan lagi tahun HONEYMOON .
Cukup cukup la HONEYMOON dua bulan ni , November and Disember .

Awak nak HONEYMOON lama lama bagi la habis belajar dulu ! 
Serius lah , setakat PMR ni jangan nak HONEMOOn sangat lah kan .

Macam siapa yang ambil sains tulen tu , nanti kita kenal lah apa itu Biologi , Kimia , Fizik , Add Math . Huhuhuhu , jadi belajarlah betul betul masa form 4 nih huhuhu nanti tak lah terbeban masa form 5 nanti kan . kehkeh , aku kata orang , aku ? haha 

yelah motivasi untuk kita semua dan diri saya sendiri :D
Okay sampai sini sajalah entri buat hari ini , hihihi 
jaga diri :) Assalamualaikum 

Monday, 17 December 2012

Keinginanku dalam berpurdah .

Selamat hari Isnin ^^ hee , ina cuma nak berkongsi satu perasaan dengan kakak kakak , adik adik , abang abang dan para pembaca sekalian . Ina pun taktahu apa yang ina rasa tapi ina rasa ina sangat sangat teringin berpurdah.Sejujurnya ina amat tenang sekali bila muka ini diselindungkan dari mata mata lelaki ajnabi . Tenangnya hanya Allah sahaja yang tahu , sungguhpun ina belum lagi berpurdah tapi ina dapat rasakan kenikmatan kemanisan ketenangan pabila berpurdah . Ya Allah pabila ku renung kembali kisah silam ku yang lalu , ingin sahaja aku teriak meminta ampun kepadamu , bermulanya linangan air mata dan akhirnya jatuh jua air mata ini membasahi pipi . Sungguh ku tidak tertahan untuk menahan semua ini .



Hidup bergelumang dengan dosa sememangnya tidak tenang , mungkin secara fizikalnya tenang tapi batinnya ? apa rasa jiwa kita ? jiwa kita rasa kosong ! Mungkin makanan untuk jasmani cukup , tapi makanan untuk rohani ? Ketenangan yang sebenar benarnya pabila kita semakin mendekatkan diri dengan yang MAHA ESA ALLAH S.W.T . Jika kau ingin tahu sebanyak mana Allah ingat kepada kamu , hendaklah kamu lihat sebanyak mana kamu mengingati Allah dan meletakkan Allah dalam jiwa ragamu .Jika banyak kau mengingati Allah , maka banyak jugalah Allah mengingatiMu . Jika sikit kau mengingati Allah , maka sikit jualah Allah mengingatiMu .

Allahurobbi  :'( sungguh ku katakan cintaku padaMu tidak setinggi cintaMu pada hamba hambaMu ya Allah :(
Namun akan ku sentiasa untuk mendekatkan diri dan meninggikan rasa cinta , kasih sayangku kepadamu ya Allah. Selama ini aku cuma mencari cinta yang tidak kekal cinta hanya sekadar nafsu semata mata , ya Allah ampunkan lah aku ya Allah yang maha pengampun :'(  Disebabkan cinta yang tidak kekal itulah hidupku semakin tidak terurus dibelai gurauan cinta dari lelaki ajnabi yang belum pasti akan menjadi imamku . Ya Allah , kini ku sedar mencari cinta yang belum pasti itu sangat meletihkan dan sangat merugikan tapi cinta kepadaMu sikit tidak mengecewakan sikit tidak memenatkan sikit tidak merugikan malah cinta kepadaMu cinta yang sejati cinta yang tulus cinta yang kekal abadi :) 

Ya Allah , engkau tidak pernah mengecewakan hamba-hambaMu . Engkau tidak pernah mengecewakan cinta hambamu malah kau balas cinta hambaMu dengan memberi keredhaanMu , kerahmatanMu dan ketenangan jiwa yang sangat mendalam . Sungguh agung cintamu ya Allah . Biarpun hambaMu tidak bersyukur tidak mengabdikan diri tidak berserah diri kepadaMu namun kau tetap memberi rezeki kepada kami . Biarpun hambamu melakukan maksiat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang olehMu , engkau tetap memberi mereka peluang untuk hidup untuk bernafas di atas muka bumiMu untuk bertaubat . Allahurobbi , kasihnya engkau kepada umat Nabi Muhammad S.A.W . Jika dibandingkan dengan umat umat yang lain dengan sekelip mata kau menurunkan bala dan balasan kepada sesiapa yang tidak mentaati perintahMu . Ya Allah yang maha mengetahui lagi maha mendengar , ampunkanlah dosa kami :'(
kami dengan rasa rendah hati menadah tangan meminta keampunanMu , keredhaanMu , kerahmatanMu ya Allah :(

Sungguh sesalan ku ini ku adukan kepadaMu . Ya Allah , sungguh ku katakan aku ingin berpurdah . Setelah ku renung kembali kisah jahiliyyah ku yang lalu kini tiba masanya untukku berubah . Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini . Mukaku yang selama ini menjadi tatapan lelaki ajnabi , ku bangga dengan kecantikan yang telah kau berikan kepadaku , astaghfirullahalazim , keampunanMu yang ku harapkan ya Allah :( 

Ya Allah jika dengan aku berpurdah itu yang terbaik untukku , maka kau permudahkanlah penghijrahanku ini , moga ku sentiasa istiqomah dalam pemakaian purdah . Sesungguhnya sebaik baik perancang ialah Allah S.W.T dan yang menentukannya juga hanya Allah S.W.T . Ku berserah semuanya kepadaMu Ya Allah .
InsyaAllah ina akan start buat purdah esok! Bila mula pakai tu nanti bila ina start keluar , pakai purdah di luar , di sekolah tak . Kak Nana kata boleh sebab ada sebab musabab yang penting kena istiqomah pakai kat luar :D

Sekian sahaja coretanku ini , harap kita dapat mendekatkan diri dengan Allah :) 
Salam ukhuwah :) Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Wednesday, 12 December 2012

Nikah Khitbah tiket untuk Bercouple .

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!
Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Sunday, 9 December 2012

Pabila Allah berkehendak , maka jadilah .

Kaifa halukum ? hikhik , alhamdulillah ana bihoir aidon . hee , dah solat ? haaaa siapa belum solat tu p solat duluu baru boleh bacaa . hahaha . 

hmm , Ina cuma nak cerita tentang kejadian semalam . hmm secara jujurnya niat ina nak ceritakan pasal kejadian semalam bukan sebab nak bangga atau menunjuk nunjuk . Ina cuma nak kongsikan pengalaman Ina nih dan inilah buat kali pertamanya ^^ 

Semalam Ibu Ina ajak pergi Carrefour sebab nak beli barang barang dapur kan , iyalah ayam , daging , sayur , cili , buah , semua dah habis sebab Ina muehehe . Lepastu Ina pun bersiap siap lah nak pergi Carefour tu , Ibu just text Ina Ibu cakap 


`Ina siap siaplah , nanti Ibu balik kita boleh la pergi Carrefour , siapkan adik jugaa tau`

Ina baca lambat text Ibu tu , 20 minit lepas tu baru Ina baca , em em Ina suka campak handphone merata-rata .kihkih. Ina apa lagi dah baca tu Ina terus lah siap siap dengan kelam kabutnya , iron tudung , nasib baik lah sempat. Ina pakai tudung , baju kurung . That`s all , simple kan ? Yang penting tutup aurat , betul tak ?
Lepastu siapkan adik pulak , ishh budak ini memang susah sikit . Bila orang cakap
`Adik , adik nak ikut akak tak ? Pergi jalan jalan , nak ?`

haha baru lah dia mahu dia kata

`nak nak , nak ikutt nak ikut , `

yeayy misi berjaya , senang sikit nak pakaikan baju dia , sikat rambut dia , bedak semua tu lah kan . Lepastu Ibu pun balik, Ibu nak solat dulu katanya , Ibu pun solat lah dulu ,  then terus keluar .

Bila nak keluar rumah tu kan,Ina duk cari mana lagi ni kasut lagi sebelah? Hilangkah ? Adehh , dahla itu je satu satunya kasut yang Ina ada . huhuhu. Lepastu Ina cakap lah kat Ibu , kasut lagi sebelah hilang. Lepastu cari punya cari punya cari punya cari kasut adik ina yang darjah 5 tu kan , kaki dia besar lg dari kaki Ina , so kalau Ina pakai kasut dia pun muat lah . Malangnya kasut dia yang ada dalam almari tu basahhhhh . Ayah cakap semalam ayah bawa keluar kasut tu lepastu terus hujan ayah lambat sikit angkat . Alamakk , macam mana ni ? Nak pakai kasut apa ? adehh , nak taknak pun Ina pakai la jugak kasut yang basah tu . Masa ni tak pakai stokin lagi , sebab nak cepat ina sarung je kasut terus masuk kereta .

Lepastu Ina pun pakai lah stokin , lepastu sarung kasut tu , dalam kereta Ina agak macam tak basah kot stokin ni kasut ni basah sikit ja . Takpa la , gagah la jugak memakainya , bila keluar kereta . Nahh basah gilaa stokin Ina tu , adehh tak selesanya , pastu Ibu cakap Ina bukak la dulu stokin tu , basah sangat tu . Ina takmahuu ! Kaki pun aurat ! Ina takmahu . Ina macam nak nangeh dah tapi tahan . Last last Ibu cakap bukak jer sekejap jer lah . Ina pun bukak lah , Ina cuba tenangkan diri tapi tak boleh . Bila masuk ja pintu pasaraya carefour tu tiba tiba air mata jatuh , ina jalan pun tunduk jea . Ina rasa ya Allah berdosanya aku , macam mana nih nak pakai balik la , tak kira ! Pastu Ibu pandang Ina , mata Ina dah berair ni ha mata dah merah . Ibu pun cakap 
`Ina tu kedai kasut , pergilah pilih , nanti Ibu datang . Ibu nak bawak adik pergi main jap .`

Ina pun hm okay , nak jalan tu tersiksa , jenuh bagi labuh kain , sia sia , nampak juga . Ina jalan cepat cepat pergi masuk kedai tu . Lepastu Ina tak pikir panjang , amek ja kasut yang mana mana yang pasti sandle atau bertutup . Ina amek sandle sebab Ina memang dah biasa pakai sandle . Cari saiz lepastu tunggu lah Ibu kan , aduhh lamanya Ibu pergi mana , still tunggu , Ina takmahu bergerak , lagi banyak mata memandang lagi tak selesa dibuatnya , aurat tak tertutup sempurna macam mana nak senang bila jalan ? Syukur alhamdulillah berkat kesabaran menunggu tu, Ibu pun datang , bayar semua . 
Akak yang jual kasut tu kata 
`Adik nak pakai terus ke atau masuk kotak?`
Ina cakap 
`Pakai terus , erm tapi taknak kotak nak plastik jer nak letak kasut lama nih`
Akak tu pun bagilah plastik , kat kedai kasut kan memang ada tempat pelanggan duduk kan . Beg tangan Ina ni besar jadi muatlah kalau nak sumbat kasut lama tu kan .Ina duduk , bukak kasut masukkan dalam plastik , masukkan dalam beg , stokin Ina yang basah tadi tu Ina letak dalam beg tau . Ina pakai balik stokin tu , lepastu pakai kasut baru beli tu . Stokin tu tak basah semua , basah tang depan jaa . Akak tu tengok jea tapi Ina tak peduli dia nak cakap apa pun . kaki tetap aurat . Ina pegang kata tu.

Bila dah pakai tu haa barulah rasa secure nak jalan sana sini . Biarlah basah sikit yang depan tu nanti lama lama kering jugak . Ina berdiri depan cermin kedai kasut tu , Ina check , tudung labuh bidang 50 , baju kurung tak ketat tak ikut shape , tangan pakai handsocks , kaki pakai stokin , okay bolehla lega sikit nak jalan . Lepastu Ibu ajak pergi makan kfc , aduhh kfc jer kekadang bosan jugak , tapi takpelah pergilah jugak makan . Ibu tanya nak makan apa , Ina bosan makan ayam je , Ina ambil Zinger Double Down burger kot , Ina takpernah makan pun lagi Ina try lah beli tu. Bila bukak , laaaa , atas bawah dia ayam bukannnya roti hekk okay ayam jugak . Makan jelah dah belikan . 

Tapi sepanjang Ina jalan jalan dekat carefour tu , Ina perhatikan sekeliling , hmm pakaian mereka erm tak menepati syariat Islam , Ina sedih juga , Lepastu Ina ada perasan ada mata-mata yang melihat Ina dengan pandangan yang pelik . Haiyoo taksukanya orang pandang . err Ina tunduk je tengok ada yang tak kena ker,hmmm mudah mudahan akak akak yang lihat tu dapat hidayah la untuk berpakaian mengikut syariat Islam .Ina bukan nak kata Ina ni baik sangat pakai tudung labuh ,handsocks , baju kurung , stokin bagai , tapi itulah hakikatnya kita sebagai seorang perempuan wajib menutup aurat dengan betul dan sempurna . Baru boleh dikategorikan sebagai `Menutup Aurat` . Ina pun dulu tak tutup aurat dengan sempurnya , Ina akui dulu Ina jahil bab bab ini tapi sekarang alhamdulillah , Ina belajar satu persatu tentang bab pemakaian seorang perempuan Islam . Dulu Ina suka juga pakai shawl pashmina tu kan , tapi sekarang dah tawar hatilah nak pakai , even tutup dada semua tapi entah . Ina lebih suka pakai tudung bawal ataupun tudung sarung macam tudung sekolah tu . 

Haihh Ina taktahu lah , Ina rasa macam banyak je mata-mata yang lihat Ina ni , lagi lagi lelaki , astaghfirullah,hmm apa yang  harus Ina lakukan , Ina tak pandang pun mereka . Ina masih belum mencapai tahap Wanita Solehah ataupun Muslimah Sejati kerana Wanita Solehah dan Muslimah Sejati itu tidak memandang dan tidak dipandang . Hmm , tapi banyak lagi ciri2 Wanita Solehah dengan Muslimah Sejati ni , Bukan senang tau nak ke tahap ini tapi InsyaAllah kalau kita usaha Allah akan permudakan urusan kita dan insyaAllah kita dapat menjadi Wanita Solehah ataupun Muslimah Sejati. Ina berharap dan berdoa agar kita semua akan menjadi Wanita Solehah dan bagi lelaki akan menjadi lelaki yang soleh . Amin Ya RabbalAlamin 

:
Hasrat hatiku ingin sahaja aku berpurdah namun aku masih belum menepati syaratnya , akan ku usahakan ! ini tekadku !

Mesej yang Ina nak sampaikan berdasarkan pengalaman Ina ni ialah hidayah yang Allah bagi itu cuma sekali jika kau sia siakan hidayah itu maka susah untuk kau dapatkan hidayah yang kedua . Maka hargailah setiap apa yang kau dapat jangan kau harap setiap perkara ada peluang kedua . Pabila hati kita rasa nak berubah , terus berubah ! Jangan tangguh tangguh , kerana susah tau nak dapatkan hidayah daripada Allah . Allah bagi hidayah ni dalam macam macam cara salah satunya hati . Allah akan sentuh hati kita . Allah berkehendak nak bagi hidayah tu kat siapa, bukan semua orang dapat. 

Akhir kalam , ingin ku nyatakan pabila Allah berkehendak , maka jadilah .
Sekian sahaja coretanku buat semua , Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh .