
Kaifa halukum ? hikhik , alhamdulillah ana bihoir aidon . hee , dah solat ? haaaa siapa belum solat tu p solat duluu baru boleh bacaa . hahaha .
hmm , Ina cuma nak cerita tentang kejadian semalam . hmm secara jujurnya niat ina nak ceritakan pasal kejadian semalam bukan sebab nak bangga atau menunjuk nunjuk . Ina cuma nak kongsikan pengalaman Ina nih dan inilah buat kali pertamanya ^^
Semalam Ibu Ina ajak pergi Carrefour sebab nak beli barang barang dapur kan , iyalah ayam , daging , sayur , cili , buah , semua dah habis sebab Ina muehehe . Lepastu Ina pun bersiap siap lah nak pergi Carefour tu , Ibu just text Ina Ibu cakap
`Ina siap siaplah , nanti Ibu balik kita boleh la pergi Carrefour , siapkan adik jugaa tau`
Ina baca lambat text Ibu tu , 20 minit lepas tu baru Ina baca , em em Ina suka campak handphone merata-rata .kihkih. Ina apa lagi dah baca tu Ina terus lah siap siap dengan kelam kabutnya , iron tudung , nasib baik lah sempat. Ina pakai tudung , baju kurung . That`s all , simple kan ? Yang penting tutup aurat , betul tak ?
Lepastu siapkan adik pulak , ishh budak ini memang susah sikit . Bila orang cakap
`Adik , adik nak ikut akak tak ? Pergi jalan jalan , nak ?`
haha baru lah dia mahu dia kata
`nak nak , nak ikutt nak ikut , `
yeayy misi berjaya , senang sikit nak pakaikan baju dia , sikat rambut dia , bedak semua tu lah kan . Lepastu Ibu pun balik, Ibu nak solat dulu katanya , Ibu pun solat lah dulu , then terus keluar .
Bila nak keluar rumah tu kan,Ina duk cari mana lagi ni kasut lagi sebelah? Hilangkah ? Adehh , dahla itu je satu satunya kasut yang Ina ada . huhuhu. Lepastu Ina cakap lah kat Ibu , kasut lagi sebelah hilang. Lepastu cari punya cari punya cari punya cari kasut adik ina yang darjah 5 tu kan , kaki dia besar lg dari kaki Ina , so kalau Ina pakai kasut dia pun muat lah . Malangnya kasut dia yang ada dalam almari tu basahhhhh . Ayah cakap semalam ayah bawa keluar kasut tu lepastu terus hujan ayah lambat sikit angkat . Alamakk , macam mana ni ? Nak pakai kasut apa ? adehh , nak taknak pun Ina pakai la jugak kasut yang basah tu . Masa ni tak pakai stokin lagi , sebab nak cepat ina sarung je kasut terus masuk kereta .
Lepastu Ina pun pakai lah stokin , lepastu sarung kasut tu , dalam kereta Ina agak macam tak basah kot stokin ni kasut ni basah sikit ja . Takpa la , gagah la jugak memakainya , bila keluar kereta . Nahh basah gilaa stokin Ina tu , adehh tak selesanya , pastu Ibu cakap Ina bukak la dulu stokin tu , basah sangat tu . Ina takmahuu ! Kaki pun aurat ! Ina takmahu . Ina macam nak nangeh dah tapi tahan . Last last Ibu cakap bukak jer sekejap jer lah . Ina pun bukak lah , Ina cuba tenangkan diri tapi tak boleh . Bila masuk ja pintu pasaraya carefour tu tiba tiba air mata jatuh , ina jalan pun tunduk jea . Ina rasa ya Allah berdosanya aku , macam mana nih nak pakai balik la , tak kira ! Pastu Ibu pandang Ina , mata Ina dah berair ni ha mata dah merah . Ibu pun cakap
`Ina tu kedai kasut , pergilah pilih , nanti Ibu datang . Ibu nak bawak adik pergi main jap .`
Ina pun hm okay , nak jalan tu tersiksa , jenuh bagi labuh kain , sia sia , nampak juga . Ina jalan cepat cepat pergi masuk kedai tu . Lepastu Ina tak pikir panjang , amek ja kasut yang mana mana yang pasti sandle atau bertutup . Ina amek sandle sebab Ina memang dah biasa pakai sandle . Cari saiz lepastu tunggu lah Ibu kan , aduhh lamanya Ibu pergi mana , still tunggu , Ina takmahu bergerak , lagi banyak mata memandang lagi tak selesa dibuatnya , aurat tak tertutup sempurna macam mana nak senang bila jalan ? Syukur alhamdulillah berkat kesabaran menunggu tu, Ibu pun datang , bayar semua .
Akak yang jual kasut tu kata
`Adik nak pakai terus ke atau masuk kotak?`
Ina cakap
`Pakai terus , erm tapi taknak kotak nak plastik jer nak letak kasut lama nih`
Akak tu pun bagilah plastik , kat kedai kasut kan memang ada tempat pelanggan duduk kan . Beg tangan Ina ni besar jadi muatlah kalau nak sumbat kasut lama tu kan .Ina duduk , bukak kasut masukkan dalam plastik , masukkan dalam beg , stokin Ina yang basah tadi tu Ina letak dalam beg tau . Ina pakai balik stokin tu , lepastu pakai kasut baru beli tu . Stokin tu tak basah semua , basah tang depan jaa . Akak tu tengok jea tapi Ina tak peduli dia nak cakap apa pun . kaki tetap aurat . Ina pegang kata tu.
Bila dah pakai tu haa barulah rasa secure nak jalan sana sini . Biarlah basah sikit yang depan tu nanti lama lama kering jugak . Ina berdiri depan cermin kedai kasut tu , Ina check , tudung labuh bidang 50 , baju kurung tak ketat tak ikut shape , tangan pakai handsocks , kaki pakai stokin , okay bolehla lega sikit nak jalan . Lepastu Ibu ajak pergi makan kfc , aduhh kfc jer kekadang bosan jugak , tapi takpelah pergilah jugak makan . Ibu tanya nak makan apa , Ina bosan makan ayam je , Ina ambil Zinger Double Down burger kot , Ina takpernah makan pun lagi Ina try lah beli tu. Bila bukak , laaaa , atas bawah dia ayam bukannnya roti hekk okay ayam jugak . Makan jelah dah belikan .
Tapi sepanjang Ina jalan jalan dekat carefour tu , Ina perhatikan sekeliling , hmm pakaian mereka erm tak menepati syariat Islam , Ina sedih juga , Lepastu Ina ada perasan ada mata-mata yang melihat Ina dengan pandangan yang pelik . Haiyoo taksukanya orang pandang . err Ina tunduk je tengok ada yang tak kena ker,hmmm mudah mudahan akak akak yang lihat tu dapat hidayah la untuk berpakaian mengikut syariat Islam .Ina bukan nak kata Ina ni baik sangat pakai tudung labuh ,handsocks , baju kurung , stokin bagai , tapi itulah hakikatnya kita sebagai seorang perempuan wajib menutup aurat dengan betul dan sempurna . Baru boleh dikategorikan sebagai `Menutup Aurat` . Ina pun dulu tak tutup aurat dengan sempurnya , Ina akui dulu Ina jahil bab bab ini tapi sekarang alhamdulillah , Ina belajar satu persatu tentang bab pemakaian seorang perempuan Islam . Dulu Ina suka juga pakai shawl pashmina tu kan , tapi sekarang dah tawar hatilah nak pakai , even tutup dada semua tapi entah . Ina lebih suka pakai tudung bawal ataupun tudung sarung macam tudung sekolah tu .
Haihh Ina taktahu lah , Ina rasa macam banyak je mata-mata yang lihat Ina ni , lagi lagi lelaki , astaghfirullah,hmm apa yang harus Ina lakukan , Ina tak pandang pun mereka . Ina masih belum mencapai tahap Wanita Solehah ataupun Muslimah Sejati kerana Wanita Solehah dan Muslimah Sejati itu tidak memandang dan tidak dipandang . Hmm , tapi banyak lagi ciri2 Wanita Solehah dengan Muslimah Sejati ni , Bukan senang tau nak ke tahap ini tapi InsyaAllah kalau kita usaha Allah akan permudakan urusan kita dan insyaAllah kita dapat menjadi Wanita Solehah ataupun Muslimah Sejati. Ina berharap dan berdoa agar kita semua akan menjadi Wanita Solehah dan bagi lelaki akan menjadi lelaki yang soleh . Amin Ya RabbalAlamin
Hasrat hatiku ingin sahaja aku berpurdah namun aku masih belum menepati syaratnya , akan ku usahakan ! ini tekadku !
Mesej yang Ina nak sampaikan berdasarkan pengalaman Ina ni ialah hidayah yang Allah bagi itu cuma sekali jika kau sia siakan hidayah itu maka susah untuk kau dapatkan hidayah yang kedua . Maka hargailah setiap apa yang kau dapat jangan kau harap setiap perkara ada peluang kedua . Pabila hati kita rasa nak berubah , terus berubah ! Jangan tangguh tangguh , kerana susah tau nak dapatkan hidayah daripada Allah . Allah bagi hidayah ni dalam macam macam cara salah satunya hati . Allah akan sentuh hati kita . Allah berkehendak nak bagi hidayah tu kat siapa, bukan semua orang dapat.
Akhir kalam , ingin ku nyatakan pabila Allah berkehendak , maka jadilah .
Sekian sahaja coretanku buat semua , Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh .
semoga terus istiqamah .. malu saya dengan awak sebab saya pun masih tak sempurna menutup aurat , sekarang sedang berusaha , dengan nak mulakan dengan stokin dan hand sock .. sebelum ni saya rasa berat sangat untuk pakai stokin tu tapi alhamdulillah dua tiga menjak ni dah belajar2 dan dah selesa .. cuma tudung masih bukan tudung bidang besar , doakan saya juga ye zainida nor afrina . sorry skodeng blog awak ni ,, tapi bila baca awak sgt memotivasikan saya walaupun umur awak masih muda .. malunya saya :( ..
ReplyDelete